Followers

Friday, September 20, 2019

PENULISAN REFLEKSI GKK 1043 KESAN SENAMAN TERHADAP FISIOLOGI BADAN MANUSIA


Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) merupakan bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal pelajar iaitu keupayaan sistem badan untuk berfungsi dengan efisien bagi membolehkan pelajar melakukan setiap aktiviti atau ujian dengan baik dan betul. Menurut buku Panduan Ujian Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, segak perlu dijalankan dua kali dalam setahun iaitu ujian pre segak dan juga ujian post. Pada 11 Julai 2019, unit TESL 1 telah menjalani ujian pre segak serta ujian bleep manakala ujian post pula telah dijalankan pada 11 September 2019.  Ujian segak terdiri daripada lima instrumen iaitu indeks Jisim Badan (BMI), naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa serta jankauan melunjur.

Untuk ujian pre, catatan BMI saya adalah 26.71 yang terdiri daripada berat badan sebanyak 61.7 kg dan berketinggian 152.5 cm. Ukuran BMI itu menunjukkan komposisi badan saya yang berada dalam keadaan berlebihan berat badan. Pada ujian post, catatan BMI saya meningkat kepada 27.6 kerana berlaku penambahan berat badan saya kepada 64.2 kg. Penambahan berat badan ini berlaku kerana saya tidak menjaga pemakanan harian saya seperti yang dinyatakan dalam piramid makanan dan mengambil makan malam melebihi pukul lapan malam. Saya juga kurang mengendahkan kandungan kalori yang terdapat dalam makanan yang kemudiannya menyumbang kepada peningkatan berat badan saya.

Untuk ujian naik turun bangku, kadar denyutan nadi pada ujian pre adalah 85 denyutan dalam seminit manakala pada ujian post pula, kadar denyutan nadi saya menurun kepada 78 denyutan seminit. Keputusan ini dapat membuktikan bahawa berlakunya penurunan denyutan nadi hasil daripada aktiviti naik turun bangku. Ujian naik turun bangku adalah bertujuan untuk menilai daya tahan kardiovaskular. Penurunan denyutan nadi ini menunjukkan bahawa metabolism dan stamina saya semakin tinggi kerana sekarang saya mampu untuk mengawal pernafasan. Daya tahan kardiovaskular saya juga semakin meningkat berbanding keadaan saya ketika ujian pre post.

Ujian tekan tubi pada peringkat pre saya mencatat sebanyak 13 kali, namun begitu pada ujian post saya mampu melakukan sebanyak 25 kali. Peningkatan ini menunjukkan bahawa kekuatan otot biceps dan otot triceps saya semakin kuat. Sekarang saya mampu untuk menampung berat badan saya dalam jangka masa yang lebih lama dengan melakukan aktiviti yang berterusan. 

Seterusnya adalah ujian ringkuk tubi separa yang mana pada ujian pre saya mencatat rekod sebanyak 16 kali manakala pada ujian post pula saya berjaya untuk mencapai sebanyak 18 kali. Keputusan ini mampu dicapai kerana saya mengamalkan diri untuk melakukan tekan tubi sebanyak 10 kali sebelum tidur pada setiap hari. Peningkatan ini membuktikan bahawa kekuatan daya tahan dan kekuatan otot abdomen saya semakin tinggi berbanding keadaan saya ketika ujian pre.

Untuk ujian jangkauan melunjur, saya berjaya mencatat sebanyak 36 cm pada peringkat ujian pre dan juga mencapai keputusan yang sama untuk ujian post. Keputusan ini menunjukkan fleksibiliti bahagian belakang badan, peha dan sendi pinggul saya kekal dalam keadaan yang stabil. 

Seterusnya untuk ujian bleep pada peringkat pre adalah level 3.3 manakala pada ujian post, saya berjaya meningkatkan pencapaian ujian bleep kepada level 4.1. Peningkatan ini membuktikan bahawa stamina saya semakin meningkat berbanding daripada keputusan ujian pre. Keputusan ini mampu dicapai kerana saya mempraktikkan diri untuk berjoging pada setiap petang dan pada waktu pagi ketika hujung minggu sebanyak 2.4 km.

Konklusinya, Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang dijalankan oleh unit saya, TESL 1 berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan meskipun terdapat beberapa kesalahan dan kekurangan alatan yang diperlukan. Sebagai contoh, berlakunya kesilapan dalam menjalankan ujian tekan tubi di mana bilangan span yang disediakan tidak mengcukupi dan menyebabkan tempoh masa pelaksanaan ujian tersebut semakin panjang. Oleh itu, saya boleh konklusikan bahawa ujian segak yang dijalankan mencapai objektif dan semua pelajar dapat melaksanakan ujian-ujian ini mengikut prosedur yang ditetapkan dengan tepat.































































































Monday, September 9, 2019


"SEPTEMBER GIRLIES"

A day to remember,
A day to cherish,
A day to celebrate,
Happy Birthday!

Generally, our class would plan a surprise birthday party by acting out a scene like fighting with each other to create a pressured and gloomy atmosphere in the classroom but this time, we decided that such tradition has become a bit boring and expected by the birthday person. So, we came to a conclusion to just follow the flow and acted like nothing extraordinary would happen. Wishing them a happy birthday and engulfing them into warm hugs were our objectives and tricks not to let the birthday girls to sense any hints of the surprise.

Dear Amyrah, Husna and Alia,

You might wouldn't ever figure out how anxious we got when Ana accidentally sent a photo of birthday caps in our TESL 1 group and how much we freaked out upon seeing some of you had seeing the picture and even replied about it. How we secretly used the kitchen in biam to cook spaghetti for you guys, how we acted as if we are going to do the poetry dramatization on tuesday which is today, how we prevented you guys from going out from the dorms in order to let our plans went unnoticed.

Nothing ever went smoothly, but it was definitely memorable and for sure, a day to remember.

It was a day to cherish the three of you who have worked hard in everything you have done, the kindness you poured into our hearts, the smiles and laughters you shared with us, happy birthday the three of you!

Monday, September 2, 2019

PENULISAN REFLEKSI GKK 1043 KESAN SENAMAN TERHADAP FISIOLOGI BADAN MANUSIA

Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) merupakan bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fi...