Ujian Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan (SEGAK) merupakan bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur
tahap kecergasan fizikal pelajar iaitu keupayaan sistem badan untuk berfungsi
dengan efisien bagi membolehkan pelajar melakukan setiap aktiviti atau ujian
dengan baik dan betul. Menurut buku Panduan Ujian Kecergasan Fizikal Kebangsaan
(SEGAK) Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, segak
perlu dijalankan dua kali dalam setahun iaitu ujian pre segak dan juga ujian
post. Pada 11 Julai 2019, unit TESL 1 telah menjalani ujian pre segak serta
ujian bleep manakala ujian post pula telah dijalankan pada 11 September 2019. Ujian segak terdiri daripada lima instrumen
iaitu indeks Jisim Badan (BMI), naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa
serta jankauan melunjur.
Untuk ujian pre, catatan BMI saya adalah
26.71 yang terdiri daripada berat badan sebanyak 61.7 kg dan berketinggian
152.5 cm. Ukuran BMI itu menunjukkan komposisi badan saya yang berada dalam keadaan
berlebihan berat badan. Pada ujian post, catatan BMI saya meningkat kepada 27.6
kerana berlaku penambahan berat badan saya kepada 64.2 kg. Penambahan berat
badan ini berlaku kerana saya tidak menjaga pemakanan harian saya seperti yang
dinyatakan dalam piramid makanan dan mengambil makan malam melebihi pukul lapan
malam. Saya juga kurang mengendahkan kandungan kalori yang terdapat dalam makanan yang kemudiannya menyumbang kepada peningkatan berat badan saya.
Untuk ujian naik turun bangku, kadar
denyutan nadi pada ujian pre adalah 85 denyutan dalam seminit manakala pada
ujian post pula, kadar denyutan nadi saya menurun kepada 78 denyutan seminit.
Keputusan ini dapat membuktikan bahawa berlakunya penurunan denyutan nadi hasil
daripada aktiviti naik turun bangku. Ujian naik turun bangku adalah bertujuan untuk menilai daya tahan kardiovaskular. Penurunan denyutan nadi ini menunjukkan
bahawa metabolism dan stamina saya semakin tinggi kerana sekarang saya mampu
untuk mengawal pernafasan. Daya tahan kardiovaskular saya juga semakin meningkat berbanding keadaan saya ketika ujian pre post.
Ujian tekan tubi pada peringkat pre saya
mencatat sebanyak 13 kali, namun begitu pada ujian post saya mampu melakukan
sebanyak 25 kali. Peningkatan ini menunjukkan bahawa kekuatan otot biceps dan
otot triceps saya semakin kuat. Sekarang saya mampu untuk menampung berat badan
saya dalam jangka masa yang lebih lama dengan melakukan aktiviti yang berterusan.
Seterusnya adalah ujian ringkuk tubi separa yang mana pada ujian pre saya mencatat rekod sebanyak 16 kali manakala pada ujian post pula saya berjaya untuk mencapai sebanyak 18 kali. Keputusan ini mampu dicapai kerana saya mengamalkan diri untuk melakukan tekan tubi sebanyak 10 kali sebelum tidur pada setiap hari. Peningkatan ini membuktikan bahawa kekuatan daya tahan dan kekuatan otot abdomen saya semakin tinggi berbanding keadaan saya ketika ujian pre.

Untuk ujian jangkauan melunjur, saya berjaya
mencatat sebanyak 36 cm pada peringkat ujian pre dan juga mencapai keputusan
yang sama untuk ujian post. Keputusan ini menunjukkan fleksibiliti bahagian
belakang badan, peha dan sendi pinggul saya kekal dalam keadaan yang stabil.
Seterusnya untuk ujian bleep pada peringkat pre adalah level 3.3 manakala pada ujian post, saya berjaya meningkatkan pencapaian ujian bleep kepada level 4.1. Peningkatan ini membuktikan bahawa stamina saya semakin meningkat berbanding daripada keputusan ujian pre. Keputusan ini mampu dicapai kerana saya mempraktikkan diri untuk berjoging pada setiap petang dan pada waktu pagi ketika hujung minggu sebanyak 2.4 km.

Konklusinya, Ujian Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang dijalankan oleh unit saya, TESL 1 berjalan dengan
lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan meskipun terdapat beberapa kesalahan
dan kekurangan alatan yang diperlukan. Sebagai contoh, berlakunya kesilapan
dalam menjalankan ujian tekan tubi di mana bilangan span yang disediakan tidak
mengcukupi dan menyebabkan tempoh masa pelaksanaan ujian tersebut semakin panjang.
Oleh itu, saya boleh konklusikan bahawa ujian segak yang dijalankan mencapai
objektif dan semua pelajar dapat melaksanakan ujian-ujian ini mengikut prosedur
yang ditetapkan dengan tepat.